Search This Blog

Saturday 17 July 2010

Makam Ziarat Raja Radin - Sultan Abdul Jamil Shah (Marhum Ziarat)

Makam ini terletak di Kg. Mengkasar Pekan, Pahang berdekatan dengan Perkuburan Tok Tuan (Kraing Aji). Diantara yang dimakam disini ialah Sultan Abdul Jamil Shah (Sultan Pahang 3) putera Sultan Muhamad Shah (mangkat 1475 - Sultan Pahang 1). Sultan Melaka Sultan Mahmud telah menghantar orang besar baginda yang bergelar Seri Dewa Raja pergi ke Pahang meraja dan menobatkan Sultan Abdul Jamil Shah sebagai Sultan Pahang. Sultan Abdul Jamil Shah berkahwin dengan Raja Fatimah sepupu baginda dan kakak kepada Sultan Mahmud. Pada masa Sultan Mahmud Shah di Pahang itulah (tahun 1511-1512) Sultan Abdul Jamil, mangkat dan di makamkan di Makam Ziarat Radin dan mengikut Bustanu's Salatin bagindalah yang disebut Marhum Ziarat. Batu nisan yang dipercayai batu nisan dimakam baginda itu, telah dijumpai dekat makam isteri baginda Raja Fatimah. Tarikh pada batu nisan Raja Fatimah itu ialah 15 Syawal tahun hijrah 900 (bersamaan 7 Julai 1495) dan tarikh pada batu nisan yang dipercayai batu nisan Sultan Abdul Jamil Shah ialah tahun 917 (bersamaan 1511-1512) masehi.


Nota : Makam ini dibawah Pentadbiran Muzium Negeri Pahang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...