Search This Blog

Sunday, 1 May 2011

Menghilir Di Sungai Pahang






Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang
Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan

Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan

Penuh perjuangan

Penyanyi - Roslan Madun


1 comment:

  1. Salam perkenalan, saya Nurdilla merupakan Pengurus Promosi dan Jualan Roslan Madun. Kebetulan terjumpa blog ini. Sekiranya saudara ingin memiliki CD2 beliau, boleh hubungi saya di talian 012-2536918. Untuk mendengar lagu2 rakyat yang lain dendangan beliau boleh layari di youtube saya di http://www.youtube.com/watch?v=Jd_eZrKTg0k. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...