Pengasas
Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.
Perebutan Kuasa
Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.
Serangan Acheh
Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.
Dibawah Pemerintahan Johor
Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang
telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana). Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja, Wan Ahmad.
Pemerintahan Sendiri
Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.
Senarai Sultan Pahang
- 1470-1475: Sultan Muhammad Shah I
- 1475-1475:Sultan Abdul Jamil Shah
- 1475-1497:Sultan Ahmad Shah I
- 1497-1519:Sultan Mansur Shah II
- 1519-1530:Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah
- 1530-1542:Sultan Muzaffar Shah ibni A lmarhu m Sultan Mahmud Shah
- 1540-1555:Sultan Zainal Abidin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
- 1555-1560:Sultan Mansur Shah II
- 1560-1590:Sultan Abdul Jamal Shah & Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah
- 1590-1592:Sultan Ahmad Shah II
- 1592-1614:Sultan Abdul Ghafur Muhiudd in S hah
- 1614-1615:Sultan Alauddin Riayat Shah
Raja Bendahara
- Tun Abbas
- 1777-1802:Tun Abdul Majid bin Tun Mutahir
- 1802-1803:Tun Muhammad
- 1803-1806:Tun Koris
- 1806-1847:Tun Ali
- 1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali
- 1863-1882:Tun Ahmad
Sultan
- 1882-1914:Sultan Ahmad Muazzam Shah[2]
- 1914-1917:Sultan Mahmud Shah[2]
- 1917-1932:Sultan Abdullah[2]
- 1932-1974:Sultan Abu Bakar[2]
- 1974-kini:Sultan Ahmad Shah[2]
Pautan luar
Nota kaki
- ↑ "Sejarah Kesultanan Pahang". Laman Komuniti Pekan. Laman Komuniti Pekan. 2010. http://www.pekan.my/index.php?option=com_content&task=view&id=136&Itemid=47. Retrieved 7 Februari 2010.
- ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 "KDYMM Sultan Pahang". Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur. Kerajaan Negeri Pahang. 2009. http://www.pahang.gov.my
No comments:
Post a Comment