Search This Blog

Tuesday, 4 January 2011

Rumah Tradisional Melayu Pahang - Rumah Serambi Pahang





















(Rumah Tradisional Melayu Pahang yang terdapat di Perkampungan Budaya, Pulau Keladi,

bersebelahan dengan Rumah Kelahiran Tun Razak)

Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini kian pupus. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Komponennya terdiri dari rumah ibu dan dapur dan di antara keduanya dipisahkan oleh ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur ia mengandungi ruang penanggah serta pelantar. Ruang-ruang ini digunakan untuk menanti, memasak dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...