Search This Blog

Monday, 6 December 2010

Hijrah









Ke Pekan sekali ini
Entah membeli entah tidak
Entah membeli limau kapas
Berjalan sekali ini
Entah kembali entah tidak
Entah mengharung lautan lepas....

Hijrah berasal daripada kalimah Arab yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. Ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhi ataupun jasadi. Sebenarnya hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Jika dilihat pada hari ini, orang berhjrah dari kampung ke kota kerana desakan menuntut ilmu, mencari kerja, berkahwin, berniaga, tekanan hidup, dan sebagainya.

Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita, bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...