




Bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema. Penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.
Bagi kencing tidak lawas, ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan terlebih dahulu. Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum. Untuk demam selsema, ambil akarnya dititik atau pecah-pechkannya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment