Bunga bawang putih - Garlic Vine merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang berasal daripada hutan hujan amazon. Di Malaysia ia ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik.Bunganya berwarna ungu terang ketika mula mekar( warna lavender) yang akan berubah menjadi pucat . Ini menyebakan satu jambak bunga mengandungi bunga yang berwarna ungu dan putih.Tumbuhan ini mempunyai bau bawang putih yang amat kuat terutamanya pada daun dan akarnya.Ia boleh membiak melalui keratan batang dan merupakan pokok hiasan yang senang untuk dijaga. Bagaimanapun ia memerlukan air yang mencukupi dan kekurangan air menyebabkan pokok ini mati. Selain daripada kegunaannya sebagai tumbuhan hiasan bunga bawang putih juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah kulit batangnya, daun dan akar.Pautan lain mengenai tumbuhan ini boleh didapati di : http://www.rain-tree.com/mansoa.htm
No comments:
Post a Comment