PEKAN 08 September 2010 – Kempen "Selamat Sampai Ke Destinasi " yang di anjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan di Ketuai oleh YDH Supt Yahya bin Othman - Ketua Polis Daerah Pekan telah diadakan bertempat dihadapan Water Front, Pekan. Pelancaran Kempen tersebut di sempurnakan oleh YB. Ibrahim b Awang Ismail - ADUN Peramu Jaya Pekan.
Dengan cuti musim perayaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang semakin hampir, kempen keselamatan jalan raya ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan orang awam mengenai cara pemanduan yang selamat untuk sampai ke destinasi masing-masing. Seramai empat ribu pegawai dan anggota polis akan terlibat di dalam edisi ke-22 Ops Sikap ini di seluruh negara dalam memastikan keselamatan di jalan raya sepanjang musim perayaan. Pihak polis yang terlibat turut merangkumi anggota dari daerah-daerah seperti Cawangan Motor Patrol Vehicle (MPV), tugas am, bilik gerakan dan juga Ketua Polis Daerah yang akan ditempatkan di lebih dari 100 titik panas (kawasaan kemalangan tinggi) sepanjang jalanraya persekutuan daneta, 20,000 pelekat motosikal, 10,000 Buku Maklumat Trafik PDRM dan juga 400 kad panggilan prabayar iTalk. Sebagaimana kempen-kempen yang diadakan sebelum ini, Ops Sikap Ke-22 ini juga melibatkan agensi-agensi kerajaan dan juga swasta seperti Kementerian Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba & Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, PLUS Expressway, St. John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah, Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Persatuan-persatuan Penguasaha Lori, Bas dan Teksi. "Patuhilah undang-undang dan peraturan lalulintas supaya tidak mendatangkan bahaya kepada nyawa, diri sendiri dan orang lain seperti memandu melebihi had laju, memandu secara melulu, memotong Q, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan melakukan pelbagai kesalahan yang menjurus ke arah kemalangan" nasihat YDH Ketua Polis Negara kepada pengguna jalanraya semasa ucapannya. "Biarlah lambat sedikit, asalkan selamat sampai ke destinasi bagi memastikan diri sendiri, ahli kelurga dan pengguna jalan raya yang lain tidak menjadi mangsa kemalangan" Bersempena dengan pelancaran kempen ini, Polis Diraja Malaysia turut melancarkan talian bebas tol Ops Sikap iaitu 1800 88 1412 yang disediakan oleh Telekom Malaysia. Para pengguna jalanraya boleh menggunakan talian bebas tol tersebut untuk melaporkan kesesakan trafik, kemalangan jalan raya, meminta bantuan, mendapatkan laporan jalan raya dan lain-lain lagi. juga lebuhraya. Selain itu, cuti bagi semua pegawai dan anggota Cawangan Trafik seluruh negara akan dibekukan untuk menjalankan tugas selama tempoh Ops Sikap Ke-22 ini. TM menyokong kempen kemasyarakatan ini dengan menyediakan sejumlah 105 buah kanopi yang dilengkapi dengan kerusi meja dan lampu yang boleh dicas semula untuk kegunaan pihak polis di lokasi-lokasi strategik. Selain itu, TM juga mencetak pelbagai bahan publisiti merangkumi 3,500 poster, 1,000 banting, 50 kain rentang, 7,000 pelekat kereta.
Penyampaian hamper kepada YB. Ibrahim b Awang Ismail oleh YDH. Supt Yahya b Othman
"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin"
No comments:
Post a Comment