PEKAN 18 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua jemaah haji Malaysia musim ini agar mengekalkan tradisi dan imej baik negara di mata dunia khususnya kerajaan Arab Saudi ketika menunaikan rukun Islam kelima itu.
Beliau berkata, sebarang kecacatan terhadap perilaku jemaah haji negara ini akan memberi kesan kepada urusan berkaitan haji pada masa depan.
"Saya percaya kita (jemaah) yang akan tunaikan haji dari Malaysia pada kali ini dan akan datang terus mengekalkan tradisi dan imej yang baik dan sempurna supaya tidak ada kecacatan terhadap imej negara kita. "Ini akan memudahkan apabila kita berurusan dengan pemerintah Arab Saudi seperti lebih mudah untuk menentukan bilangan kuota pada setiap kali musim haji," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada 211 bakal haji dari kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, ini akan menjadi satu manifestasi hubungan akrab Malaysia-Arab Saudi yang terjalin sekian lama.
No comments:
Post a Comment