Search This Blog

Tuesday 7 September 2010

Ayam Sembelih Tak Putus Urat


Kuala Lumpur : Tiga pusat penyembelihan ayam di pasar Chow Kit, di sini yang mengedar ayam sembelihan ke pasar raya dan pasar di Lembah Klang didapati menyembelih ayam secara tidak sah menurut hukum Islam selepas didapati urat halkum ayam yang disembelih tidak putus seperti disyaratkan. Lebih menyedihkan pemilik pusat itu sanggup mengupah tukang sembelih warga asing serta tidak bertauliah menyebabkan ayam yang disembelih ibarat 'bangkai' kerana ia turut di lemaskan dalam tong besar berisi air. Ini terbukti dalam satu operasi khas Jabatan Kemajukan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke pasar berkenaan awal pagi semalam (04/09/2010).
Operasi terbabit turut di sertai Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Zainal Abidin Jaafar dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Jailani Ngah bagi melihat sendiri masalah berhubung isu halal di kalangan pengusaha ayam tempatan.....( klik gambar untuk selanjutnya)

(Gambar : Sumbangan Ramadhan di Kg. Mambang, Pekan)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...