Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain bin Haji Chek Muhamad Sholleh bin Haji Chek Mahmud bin Haji Chek Ibrahim bin Chek Musa. Chek Musa pula adalah Cina Islam berasal dari
Haji Tan Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Durian Tipus sehingga Darjah 5. Dalam tempoh tersebut, beliau turut belajar agama di bawah asuhan abangnya, Lebai Muhammadiah. Pelajaran agama yang diajarkannya termasuklah ilmu Tauhid, Feqah dan Nahu Saraf Bahasa Arab. Abangnya itu merupakan murid kanan kepada Tuan Sheikh Muhammad Said Jamaluddin al-Linggi. Selepas itu, dalam usia yang begitu muda, iaitu dalam tahun 1929, beliau telah didorong oleh abangnya supaya belajar agama secara memondok di Pondok Gajah Mati, Kedah selama
Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Pondok Sungai Semambu Tanah Liat, Bukit Mertajam selama
Haji Tan Ahmad terdorong pula untuk ke Kelantan untuk menimba ilmu dari Serambi Mekah itu. Selain Kedah, Kelantan adalah pusat pengajian pondok yang tersohor di rantau ini. Di
Dalam pada itu, beliau masih meluangkan masanya untuk mengaji di Pondok Tuan Guru Haji Chek Ali bin Chek Hussien. Di sini beliau belajar ilmu Faraid dan lain-lain lagi. Kemudian diberi kebenaran mengajar di pondok tersebut.
Haji Tan Ahmad menamatkan zaman bujangnya apabila bertemu jodoh dengan Rahmah binti Nung Hussien pada 24 Julai 1943. Beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata, enam daripadanya adalah lelaki.
Selepas perang tamat pada tahun 1946, Haji Tan Ahmad pulang ke kampung halamannya. Kepulangan beliau memeriahkan lagi suasana pengajian agama di
Malangnya pondok tersebut terhenti aktiviti apabila negara diisytiharkan darurat pada tahun 1948. Kawasan Durian Tipus dianggap kawasan hitam kerana kewujudan perkampungan Cina yang memudahkan golongan subversif seperti komunis untuk bermaharajalela. Haji Tan Ahmad pernah dilantik menjadi ketua kampung ketika darurat dan penduduk kampung pernah dikerah memasang pagar kawat duri bagi mengawal pergerakan komunis.
Pada 1 April 1956, Kerajaan Negeri Sembilan ketika itu telah melantik Haji Tan Ahmad sebagai Kadi bagi daerah Durian Tipus. Peringkat awalnya, rumah beliau telah dijadikan pejabat urusan keagamaan. Beliau telah memegang jawatan tersebut selama 20 tahun tujuh bulan dan 29 hari. Bersara pada 30 November 1976. Haji Tan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam Negeri berkuatkuasa pada 1 Januari 1982 hingga akhir hayatnya.
Dalam tempoh hayatnya, Haji Tan Ahmad sangat aktif mengajar agama di Masjid dan surau-surau sekitar Durian Tipus. Antaranya, Masjid Kuala Jerang, Simpang Durian, Felda Pasoh 1, Sungai Buloh dan Masjid Kampung Lakai. Kebiasaannya beliau mengajar ilmu Tasawuf, Tafsir, dan Feqah.
Bagi mengenang jasa beliau dalam bidang agama dan penglibatan dalam masyarakat, maka Kerajaan Negeri Sembilan telah menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 19 Julai 1974 dan gelaran Dato’ pada 19 Julai 1991.
Setelah mengabdikan sebahagian besar hidupnya kepada agama dan menjadi tempat rujukan yang disegani, Dato´ Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zin pulang ke rahmatullah pada 24 Oktober 1995 (1416 Hijrah). Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jerang . Al Fatehah
No comments:
Post a Comment