Search This Blog

Thursday 5 August 2010

Beratus-ratus Kubur Lama Terbiar di Kg. Mengkasar


Terdapat beratus-ratus buah kubur lama terbiar dan berselerakan di Kampong Mengkasar Pekan. Kubur-kubur lama ini kebanyakannya menggunakan batu nisan sungai dan batu pulau tanpa sebarang tanda nama dan ini amatlah menyulitkan untuk mengenal pasti tarikh dan masanya bilakah kawasan perkuburan ini wujud..


Menurut Tuan Haji Abas, salah seorang penduduk tertua di Kg. Mengkasar, kubur-kubur lama ini dipercyai dari Keturunan Brunei, mengikut ceritanya berdekatan dengan rumahnya di Busut Sena, ada sebuah pengkalan tempat kapal keluar masuk untuk tujuan berdagang, tetapi kini laluannya telah tohor dan tidak digunakan lagi. Dimasa itu ramai dari keturunan Brunei berhijrah ke Pekan, Pahang dan kebanyakan dari mereka ini berkahwin dengan keluarga Tok Tuan serta penduduk-penduduk tempatan.


Pendapat ini disokong oleh Tuan Haji Asmat Pengerusi JKKK Kg. Mengkasar, Pekan, dan beliau ada memyimpan salasilah Keturunan Pangeran Baharuddin, (sila lihat salasilah) beliau berasal dari Brunei dan ada kemungkinan juga perkuburan lama ini dari Keturunan Sultan Melaka yangmana Makam Ziarat Raden Sultan Abdul Jamil Shah berdekatan dengan kawasan perkuburan ini.


Tuan Haji Asmat, melahirkan rasa sedih, kerana tanah perkuburan ini telah lama terbiar dan dipedulikan oleh sesiapa, seolah-olah perkuburan lama itu tidak wujud disitu. Beliau berharap pihak-pihak tertentu hendaklah tampil membuat kajian selengkapnya agar kubur lama peninggalan sejarah disitu tidak terbiar begitu sahaja dan hendaklah dipelihara dengan baik dan dapat menceriakan Kampong Mengkasar yang telah diterokai oleh Tok Tuan sejak 1722 masehi.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...