
Lebih kurang dua batu mudik dari Kuala Pahang ada sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Marhum. Mengikut ceritanya iaitu sebelum kampung ini mendapat nama Kampung Marhum di sana ada beberapa tempat seperti Tanjung Berunai, Teluk Kandang, Pasir Mas Urai dan di sebelah hilir sekali Tanjung Tahi.
Mengikut Sejarah Pahang karangan Dr. W.Linehan, JMBRAS, Pt.II May 1936, bahawa Sultan Abdul Jalil yang dihantar ke Pahang menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Sultan Mahmud iaitu Marhum Mangkat dijulang telah dibunuh semsa menunaikan sembahyang subuh di dalam perahunya dalam tahun 1720M oleh Laksaman Cek Sekam semasa hendak belayar ke Johor berhampiran dengan Sungai Miang. Baginda dikebumikan di Tanjung Berunai. Tempat ini dinyatakan di dalam Sejarah Pahang susunan Dr.W.Lineham sebagai Teluk Kandang. Disebabkan jenazah Al Marhum Sultan Abdul Jalil dikebumikan di Tanjung Berunai maka kesemua tempat itu seperti Tanjung Berunai, Teluk Kandang, Pasir Mas Urai Dan Tanjung Tahi
Akan tetapi disebabk


Pada masa ini makam Kampung Marhum tidak lagi digunakan sebagai tanah perkuburan diraja. Ia diganti dengan kawasan Masjid Abdullah Pekan Lama. Kerabat bergelar pertama dikebumikan di kawasan Masjid Abdullah ialah Al Marhum Tengku Muhammad ibni Sultan Ahmad, Tengku Panglima Perang Pahang, Al Marhum mangkat pada 7 Jan 1975. Al Marhum Sultan Abu Bakar ibni Al Marhum Sutlan Abdullah adalah sultan yang pertama dikebumikan disana. Jenazah Al Marhum itu dikebumikan pada 7 Mei 1974.
__________________________________________________________________
Gotong Royong Membersih Makam DiRaja dan Tahlil, oleh Ahli-ahli Badan-Kerabat
bersama Penduduk-Penduduk Kg. Marhum pada 31/07/2010.













No comments:
Post a Comment