Search This Blog

Thursday 29 July 2010

Makam Permatang Balai, Kg. Sawah Pahang Tua, Pekan


Makam ini, letaknya lebihkurang 1 1/2 batu, ikut jalan kampung dari Kampung Lamir, di sebelah kanan jalan Pekan-Kuantan. Terdapat dua buah pasang nisan lama disini, Nisan-nisan di sebelah timur lebih besar dari yang di baratnya, Batu-batu nisan ini dari batu bertarah dan berukir yang didirikan di atas sebuah permatang. Namum tidak diketahui siapakah yang disemadikan disini. Namun dipercayai ianya keturunan dari Raja-Raja Melaka yang memerintah Pahang bertempat di Pahang Tua, Mukim Langgar Pekan, Pahang.

Asal nama Permatang Balai ini, apa yang diceritakan pada masa dahulu banyak pokok kuran, sejenis pokok yang cantik dibuat gasing disana. Diantara pokok-pokok itu ada sebatang yang amat besar. Perkara pokok kuran besar itu disembahkan kepada DYMM Sultan Mahmud (1914-1917). Sebagai seorang raja yang suka bermain gasing maka baginda telah menyatakan hasrat baginda hendak berangkat melihat pokok kuran itu. Apabila mendengar akan cadangan DYMMM Sultan Mahmud hendak berangkat itu maka orang-orang di Sawah pun mendirikan pondok tempat semayam baginda. Baginda bersemayam disana melihat orang-orang baginda menebang dan melarik gasing. Oleh kerana Sultan bersemayam di pondok yang tiada berapa jauh dari permatang ini ada terdapat dua pasang nisan lama didirikan di atas sebuah permatang itu maka permatang itu pun dipanggil Permatang Balai dan Makam ini dikenali dengan Makam Permatang Balai.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...