Search This Blog

Wednesday, 14 July 2010

Makam DiRaja Kg. Marhum Pekan, Pahang


َالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَاللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ.

“Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami Insya Alloh akan menyusul, ( semoga Allah Ta’ala memberikan rahmat kepada orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan datang)



Kampung Marhum terkenal kerana dikebumikan raja2 bendahara dan sultan2 semenjak Bendahara Tun Koris ibni Tun Abdul Majid memerintah dlm tahum 1806. Sultan yang terakhir dikebumikan disini ialah almarhum almuktassim billah as-sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Muazzam Shah pada 22 Jun 1932.

Berhampiran Makam DiRaja ini ada sebuah pengkalan yang dikenali Pengkalan Makam akan tetapi disebabkan hakisan sungai maka makam almarhum Sultan Abdul Jalil IV Riayat Shah telah di pindahkan ke kawasan Makam DiRaja oleh pihak Muzium Sultan Abu Bakar pada malam 30 Mei 1980, kedua-dua nisan telah jatuh kedalam sungai termasuk nisan kaki yang didirikan diatas sebuah busut berhampiran makam Sultan Mahmud Muzaffar Shah Riau-Lingga yang mangkat pada tahun 1864. Dengan usaha ini kesemua makam2 ini telah berada disatu kawasan bersama-sama dengan makam pemerintah2 negeri Pahang, kerabat diraja dan golongan bangsawan. Makam2 yang dapat dikenali dimakamkan disini ialah makam almarhum Bendahara Tun Koris ibni Tun Abdul Majid, Engku Bendahara Tun Abdul Rahman bin Tun Muhammad "Tanjung", Raja Bendahara Tun Ali ibni Tun Koris, Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Mahmud, Sultan Abdullah almuktassim billah, Tengku Muda Ali ibni Sultan Ahmad Muazzam Shah, Tengku Panglima Perang Jusoh dan lain2.



Makam Syed Abdul Rahman b Yasin alyahya(Bukit Puteri -
(m) Cik Siti Sultan Zainal Abidin I (1725-1733M)





Pemandangan Di Luar Makam



Kubur Dato' Sir Mahmud Mat & Isteri
Menteri Besar Pahang Pertama


alfatehah, amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...