Istana Kota Beram Pekan Bandar DiRaja

- Terletak di tapak yang bersejarah.
- Tidak diketahui bila mula dibina.
- Yang tinggal kini merupakan bangunan Residen Inggeris.
- Pada tahun 1929, rumah kayu dua lapis itu telah diganti dengan sebuah rumah batu dua lapis.
- Pada tahun 1948, telah diambil alih oleh Sultan Abu Bakar sebagai menggantikan Istana Seri Terentang dan dijadikan istana rasmi baginda.
- Sultan Abu Bakar memberi gelaran Istana Kota Beram. Dengan ini timbullah kembali nama yang telah lenyap berkurun lamanya.
- Pada tahun 1954, kerajaan telah membina sebuah bangunan tambahan yang disambungkan dengan istana ini dan dijadikan Balai Rong Seri.
- Dijadikan tempat mesyuarat dan upacara keraian sehingga tahun 1959.
- Sekarang Istana Kota Beram telah dijadikan muzium sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan dan diperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah, DK., SIMP., DMN., DK(Perak)., DK(Johor)., DK(Kelantan)., SPCM., SPMJ., Sultan Raja Pemerintah Negeri Pahang merasmikan pembukaannya pada hari Sabtu 21 Oktober 1976 bersamaan 27 Syawal 1396.
















No comments:
Post a Comment