Search This Blog

Monday, 18 April 2011

Makam Tanjung Johar, Pahang Tua





Makam ini pada mulanya terletak berhampiran dengan Makam Sultan Muhammad (Sultan Pahang Pertama yang mangkat pada tahun 1475). Oleh kerana tempat tersebut hendak didirikan rumah pam air, lalu makam tersebut dipindahkan ke Kubur Besar Tanjung Langgar, Pahang Tua Pekan.
Batu nisan tersebut bertulis dengan ayat quran dan sayangnya sebelah muka pada batu nisan yang di bahagian hadapan telah haus hingga menghilangkan tulisan tersebut. Mengikut ceritanya bahawa batu nisan yang haus itu terdapat nama Mansur Muzaffar Shah yang memerintah negeri Pahang pada tahun 1530 dan baginda telah mangkat dalam tahun 1540 kerana di bunoh oleh Khoja Zainal dari Brunei. Sultan Muzaffar Shah yang mangkat itu disebut Marhum Di Tengah, kerana makam ini diantara Makam Sultan Muhamad dan makam-makam Sultan Pahang yang terletak di hilir, sebab itulah Sultan Muzaffar Shah yang telah mangkat itu disebut Marhum Di Tengah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...