Monday, 7 February 2011

Sayapnya Robek


(Pulau Jawa, Pekan, Pahang 07/02/2011)


Senja yang datang
tidak sabar menidurkan malam
seekor kupu-kupu
merengek pada cahaya
berseloka tentang kehangatan
mengulit mimpi dan impian
sepasang sayap emas
berukir bunga tapi hitam
dibentuk digubahnya sendiri
tanpa wangian dan seri madu
buat hiasan jambangan alam
megahnya!
Embun menyeru
mengejutkan kupu-kupu itu
berselimut sejuk takut
di kaki masjid bangunlah
dan bersujud khusyuk
kerana senja yang berlalu
tenang waktu yang halus
belum mampu digetus
dan lambat-laun ia akan putus
namun sayap emas
robek di balik tabir
belum sempat bertakbir

(Mimpi Helang - Haslina Salleh)

No comments:

Post a Comment