
kita harus halus, sayang
menerima semua saran
kerana menolak mentah-mentah
memudahkan mereka meratah-ratah
kita sebagai ulam
yang enak dikunyah-kunyah
kita harus lembut, sayang
menerima semua ingatan
kerana melontar terang-terang
memudahkan mereka mematah-matah
kita sebagai dahan
yang rapuh ditarah-tarah
(Masuri S.N - 1988)
No comments:
Post a Comment