Search This Blog

Saturday, 12 February 2011

Lelaki di Pelabuhan




( Pekan Bandar DiRaja )

kapal-kapal pun singgah
memunggah sarat pengalaman
bermusim pelaut-pelaut itu
merempuh gelombang
bersama kecekalan dan keberanian

di sudut pelabuhan
seorang lelaki menghitung
buih-buih ombak
pecah di gigi pantai
sambil merenung lautan
ada dendam di hujung akalnya
kerana laut pernah
menenggelamkan perahu kehidupannya

pelaut yang turun dari kapalnya
tersenyum rindu
melihat kehijauan semula
sedang lelaki di pelabuhan itu
masih menyimpan kesumat
dan amarahnya pada lautan
tidak mungkin terpadam

pelaut dan lelaki itu
sekadar bertembung mata seketika
namun mereka tidak sempat
berbicara tentang lautan
dan pelabuhan


(Mimpi Helang - Zaidin Abadi)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...