


Kutulis sajak ini
ketika hujan kembali
menyerahkan kaki tirusnya
ke telapak bumi
kutulis sajak ini
kerana laut, kapal dan pelabuhan
sering menyerahkan
bayang-bayangnya
pada pijar suria
kutulis sajak ini
kerana Kalam Purba-Mu
tidak pernah menjadi tua
( Awang Abdullah - Mimpi Helang )
No comments:
Post a Comment