Search This Blog

Monday, 10 January 2011

Melihat Daun-Daun yang Gugur



Aku pun menadah hakikat
bahawa tidak ada yang kekal
melainkan Dia yang mencipta
dan menentukan

Aku kembali pada diri
meraba getah-getah noda yang melekat di badan
mencemar gelaran
juga tuntutan bekalan
sebagai persediaan
menghadapi kemungkinan andai dipetik
gugur tiba-tiba

demikianlah kita
seperti juga daun
tidak pernah maklum
bila detik akhir
akan meninggalkan ruang
sementara ini



(Mimpi Helang - Mohd Khairi Che Teh)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...