


Betapa lelaki itu mengheret
deritanya ke mana-mana
bersama luka yang belum sembuh
berbicara dengan angin malam
seakan itulah miliknya
warisan turunan
angin malam kekadang tidak mengerti
betapa lelaki itu
merindui sesuatu sekian lama
dicari dan diburu
tiada siapa juga yang mengerti
rindunya yang terbuku
harapannya yang membara
entah bila ditemuinya
kerana kini lelaki itu
mula menutup kitabnya
untuk menyerah dan merelakan
sisa-sisa rindu dan harapannya
ditiup bayu
ke gelora laut terbuka
(Mimpi Helang - Zaidin Abadi)
No comments:
Post a Comment