Search This Blog

Monday, 10 January 2011

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang













Hospital Tengku Ampuan Afzan merupakan sebuah hospital di Kuantan, Pahang. Hospital ini turut digunakan oleh pelajar UIAM kampus Kuantan untuk membuat kajian atau praktikal.

Sejarah

Perkhidmatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bermula pada tahun 1904, sebagai sebuah Hospital Daerah yang dikenali sebagai Rumah Sakit Umum Kuantan. Hospital ini telah dinaikkan taraf kepada Hospital Besar pada tahun 1955 setelah bandar Kuantan diistiharkan sebagai ibu negeri Pahang. Bangunan HTAA yang ada sekarang dibina di atas tapak yang sama seluas 40.1 ekar.

Lokasi

Hospital ini terletak berhampiran Taman Esplanade iaitu berhadapan dengan Sungai Kuantan. Hospital ini terletak di Jalan Tanah Putih yang menghala ke Gambang.

Alamat

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Jalan Tanah Putih 25100 Kuantan
Pahang Darul Makmur,
Malaysia
No. Telefon : 09-5133333
No. Fax : 09-5142712

Perasmian

Hospital ini telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah pada 3 November 1995. Pada majlis tersebut, KDYMM Tuanku telah perkenan duli menamakan hospital ini sebagai Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Objektif

Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap, berkemampuan dan saksama kepada semua golongan masyarakat melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak alam sekitar dan kehendak pelanggan; dengan penekanan kepada kualiti, inovasi, promosi kesihatan dan menghormati harga diri serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan komuniti terhadap kehidupan yang berkualiti; bagi mencapai wawasan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempuyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat.


Penghargaan Dan Terima Kasih:

Setinggi-tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih kepada semua Pegawai Perubatan Dan Kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang yang penuh dedikasi dan mesra pelanggan. Pengalaman selama 5 hari 4 malam mulai pada 21 - 25 December 2010 ditempatkan di Wad Kiambang 5C, Tingkat 5, HTAA Kuantan, merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan dan menjadi kenang-kenangan, semoga Allah swt jua yang dapat membalasnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...